
Sesiapa yang tidak membawa bakul sendiri, mereka akan dikenakan cas 20sen untuk setiap beg plastik yang diminta.
Ini adalah langkah bijak yang telah dilakukan oleh DBKK dan juga agensi-agensi yand sewaktu dengannya. Kita harus memberikan sokongan padu kepada kempen ini.
Kalau boleh, kita tidak perlu menunggu hari Isnin. Kita biasakan diri kita membawa bakul sendiri ketika membeli-belah untuk mengurangkan penggunaan plastik demi masa depan kita sendiri.
Tahniah kepada insan-insan yang telah mula menggunakan beg sendiri ketika shopping. Tahniah jugab kepada penganjur Miss Earth, Miss Mandy nandu yang bertungkus-lumus untuk memberikan kesedaran kepada pembeli di sekitar bandaraya
FAKTA:
Tahukah anda bahawa sebuah beg plastik yang kita buang boleh berada di tapak pelupusan untuk beribu-ribu tahun?
Kekerapan kita menggunakan beg-beg plastik untuk mengisi barang semakin bertambah. Kalau 20 tahun dahulu, kertas atau suratkhabar lama digunakan untuk membungkus barang keperluan harian di kedai-kedai runcit atau pasar, kini ia telah digantikan hampir sepenuhnya oleh beg-beg plastik. Sama ada kita membeli buah-buahan, kuih-muih, roti atau sehelai kemeja, penjual pasti membungkus barang tersebut dalam sebuah beg plastik.
Apakah yang membimbangkan tentang plastik? Plastik merupakan bahan yang diperbuat dan sebuah sumber yang amat berharga – minyak. Lebih banyak plastik kita gunakan hari ini, berkuranglah bekalan minyak kita pada masa hadapan.
Sewaktu beg plastik dihasilkan, satu bahan karsinogen, benzen, dihasilkan. Beg plastik tidak dapat lupus dari muka bumi. Kalau pun kita mengurangkan penggunaan beg-beg plastik dan sekarang, masih tendapat banyak lagi beg plastik yang sudah sedia terkumpul.
Beg plastik sukar dihapuskan. Sekiranya dibakar, ia membebaskan karsinogen, satu bahan penyebab kanser. Sekiranya ditanam, bahan toksin di dalamnya boleh memasuki sumber air minum kita. Binatang yang menyangka beg plastik makanan boleh mati apabila makan beg plastik tersebut.
Kajian di beberapa negara menunjukkan bahawa pengguna biasanya malas membawa beg sendini ketika membeli-belah. Justeru itu mereka dengan gembira menerima beg plastik yang diberi oleh penjual.
Sebenarnya penjual boleh menggalakkan pengguna menggunakan beg kain ketika membeli-belah dengan menyediakan beg tersebut atau meminta pengguna menggunakan semula beg plastik.
No comments:
Post a Comment