Wednesday, July 28, 2010

Hakikat bangsa melayu..


Kita makin tertekan dengan
kenaikan harga barang
keperluan. Jika barang mewah
atau barang kurang perlu naik
harga tak lah kita kisah sangat.
Tetapi barang makanan semakin
naik harga. Gula, tepung dan
beras yang terkawal harganya
naik sedikit demi sedikit. Caj
perkhidmatan seperti tol ,
pengangkutan dan lain-lain juga
turut naik. Bank juga semakin
tidak bertimbang rasa. Kalau
dulu kereta cuma akan ditarik
selepas 4 atau 6 bulan kini 3
bulan sudah kita terima
akibatnya. Pinjaman juga
semakin susah untuk diperolehi.
Peniaga makin kekurangan
modal lalu pelanggan menerima
akibatnya.
Oleh Melayu kini tidak lagi
mudah untuk berurusan dengan
bangsa-bangsa pendapatan.
Orang Cina sudah tidak lagi
berminat untuk sewakan premis
mereka kepada orang Melayu.
Bagi peniaga pula sangatlah
susah untuk mendapat kredit
jangkapanjang dari pembekal
barangan dagangan dari bangsa
asing. Orang Melayu sudah
dikategorikan sebagai bangsa
yang tercorot dalam carta
golongan yang boleh diberi
kemudahan untuk perniagaan.
Pekerja menerima upah yang
rendah berbanding dengan
perbelanjaan bagi menguruskan
kehidupan. Gaji 2 ribu sebulan
sudah tak ada nilainya lagi.
Kakitangan kerajaan yang
sebelum ini boleh dikatakan
sebagai pekerja yang selesa dari
segi upah dan gaji kita hanya
cukup makan. Akibatnya rasuah
berleluasa. Nak minta borang
pun kadang kadang kena ada
under table, belum lagi
memohon kelulusan.
Orang Melayu hanya nampak
bergaya dari segi kulit luaran.
Mereka sebenarnya hidup atas
belas ehsan bangsa pendatang.
Jika makan gaji hanya cukup
makan. Nak berniaga mana nak
dapatkan modal ? . Nak
harapkan kementerian
pembangunan usahawan sudah
pun kena pancung. Nak
harapkan Tekun, mereka pun
sudah kering tabung. Nak
harapkan MARA entah bila wang
akan turun. Nak harapkan
SMIDEC , setelah diitukarkan
nama kepada SMICorp hala
tujunya bukan lagi untuk bantu
orang Melayu.
Makin tertekan hidup rakyat
Melayu ditanah tumpah darah
mereka sendiri. Bangsa asing
kini menguasai semua sektor
ekonomi. Harga barang dan
perkhidmatan bukan lagi
ditentukan oleh kerajaan tetapi
dikawal oleh pedagang-
pedagang bangsa asing yang
dulu hanya menumpang
mencari rezeki ditempat kita.
Dimana orang Melayu selepas
ini ? Bergerai dipinggir-pinggi
jalan. Menjual nasi lemak dan
goreng pisang. Perniagaan apa
orang Melayu selepas ini ? MLM
dan direct selling dan
bergantung pada logo halal dan
kesucian barangan buatan
muslim. Mengharap tender-
tender kerajaan yang semakin
hari semakin kurang. Berebut
satu tender hingga 200 ke 300
syarikat mengambil bahagian.
Setelah dapat , jika ada modal
memang tak mencukupi. Pergi
ke bank untuk ambil pinjaman,
macam-macam alasan dan
syarat dikenakan hingga
terpaksa meminta dan merayu
macam pengemis. Selepas
beberapa ketika pinjaman tak
diluluskan. Akhirnya menggadai
projek kepada syarikat bangsa
asing. Jadi apa dengan syarikat
Melayu bumiputera itu ? Sekadar
dapat menambah senarai
pengalaman menjalankan projek
didalam profail. Pengarah dapat
sedikit habuan dari jualan
projek, kakitangan semakin
dikurangkan kerana mereka
tidak lagi diperlukan.
Kemana kita selepas ini ? Terus
mengemis di tanah air sendiri ?
Wang kita sudah terkumpul
sepenuhnya ditangan bangsa
yang dulunya menumpang
disebelah rumah kita. Melayu
nak buat apa sekarang ?
Berdebat di stadium, berebut
jawatan. Bercakap degar-degar
di TV di radio. Berhujah tentang
ketuanan Melayu . Tuan apa
bendanya ? Tuan kepada orang
Melayu sendiri ? Tapi tanah air
sendiri bertukar tangan. Tuan
kita bukanlah lagi orang kita.
Jika berhujah mengenai agama
seolah-olah kita adalah paling
Islam dari orang Islam yang lain.
Golongan itu tak betul golongan
ini tak betul. Fahaman itu tak
betul, fahaman ini tak betul.
Tercapailah hasrat para kapitalis
untuk meletakkan orang Islam
didalam kelompok mereka
sesama Islam untuk berdebat
dan berhujah mengenai agama
mereka. Soal ekonomi dan sosial
dilepas pandang. Akhirnya orang
Melayu Islam terperosok dalam
surau dan masjid, terus menerus
berdebat mengenai fahaman
dan amalan.
Selepas penat berdebat dan
berhujah keluarlah beramai-
ramai menjamu selera di kedai
India. Sebelum balik kerumah
singgah membeli barangan
keperluan keluarga di kedai Cina.
Nak kemana kita selepas ini ?
Dimana nak letakkan anak cucu
kita selepas ini ?

Sumber : forum CariGold

No comments:

Post a Comment

Vaccine covid-19 berjaya dihasilkan

  Rusia dakwa berjaya hasilkan vaksin Covid-19 Moscow: Rusia mendakwa menjadi negara pertama berjaya menghasilkan vaksin Covid-19 dan menama...