cerita benar bekas seorang kristian

Nama saya Farhan Bin Abdullah.
Nama asal saya sewaktu
beragama Kristian ialah Johanis.
Saya dilahirkan dibumi Sabah
dalam keluarga Kristian. Bapa
saya seorang ketua Paderi yang
menjaga 15 buah gereja disatu
kawasan di Sabah. Saya dilatih
oleh bapa saya untuk menjadi
seorang paderi. Sejak mula PBS
bawah Datuk Joseph Pairin
Kitinggan usaha kami mendapat
sokongan penuh kerajaan
negeri.
Kumpulan saya masuk ke
kampong dalam berbagai
program. Selalunya program
khidmat masyarakat. Pihak
gereja selalunya membekalkan
wang tunai sekitar RM50,000/
==. Berbagai aturcara dibuat
untuk membantu orang
kampong.. Kami ziarah rumah
kerumah. tanya masalah mereka
dan bantu mereka. berbagai
masalah diluahkan. Ada kami
bantu dengan duit secara
spontan. Ada kami hantar
keperluan harian,pakaian dan
buku sekolah dsb.
Dengan cara ini kami mendekati
mereka.
Hasilnya dengan
beberapa kali kunjungan
susulan,kami berjaya
mengkristiankan mereka. Paling
berbaloi kami mengkristian
remaja Islam,tambah berbaloi
dari kalangan intelek … Hasilnya
kami dapat RM3,000/== setiap
seorang Islam yang
dimurtadkan. Bayangkan
pendapatan saya ketika masih
dialam persekolahan.
Sewaktu Tingkatan 3 saya dan
beberapa rakan mengambil m/
pelajaran Agama Islam yang
boleh dipilih dengan lukisan
(betapa hinanya m/pelajaran ini
setanding dengan lukisan). Saya
mendapat A-3. Sewaktu
tingkatan 4 saya belajar di
sekolah asrama penuh. Saya
terus ambil pelajaran Agama
Islam.
Tujuan saya untuk tahu
mengenai Islam dan
memmudahkan saya
menyebarkan agama kristian.
Saya mempunyai beberapa
soalan yang saya kira tidak
mampu dihuraikan oleh orang
Islam. Pada suatu hari sewaktu
tingkatan Enam bawah, saya
bersemuka dengan Ustaz yang
mengajar saya(saya panggil
cikgu) … “cikgu saya ada
beberapa soalan, tapi saya rasa
tak sesuai dikelas ini, bolehke
saya ke rumah cikgu …”
Ustaz itu bersedia. Lalu saya
bersama beberapa rakan
kerumah ustaz itu. Saya katakan
“ cikgu saya mahu berdialog
secara ilmiah, bukan atas nama
Islam,agama cikgu dan bukan
atas nama Kristian,agama saya ”.
saya kemukakan beberapa
persoalan, antaranya;- -
- Mengapa orang Islam sembah
kaabah? Sebenarnya semua
agama sama sahaja. Nasrani,
Yahudi, Kristian dan Islam
adalah agama langit.
- Mengapa diakhir zaman, Nabi
Isa akan turun bersama Iman
Mahadi membebaskan
kezaliman dan kekacauan dan
bukannya Nabi Muhammad.
- Mengapa dalam sejarah dan
hingga kini orang Islam suka
peperangan.
- Injil sekarang dikatakan
diseleweng.Kalau begitu mana
yang asalnya.
Yang menghairankan ustaz ini
dapat menjawab pertanyaan
saya dan kawan-kawan dengan
begitu ilmiah. Saya dan kawan-
kawan mati akal. Kemudian saya
dibebani dengan 3 persoalan
yang tidak mampu saya
menjawab secara tepat.
Apakah boleh manusia(paderi)
mengampunkan dosa manusia
lain.persoalan ketuhanan 3
dalam 1 dan 1 dalam 3 – konsep
ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz
saya dengan beberapa orang
paderi,kawan-kawan bapa saya.
tetapi mereka enggan. Lalu saya
bawa ustaz itu kerumah saya
dan bertemu bapa saya seorang
ketua paderi. Ternyata bapa
saya juga tidak mampu
menjawab persoalan yang
dibawa oleh ustaz itu. Sebaik
ustaz itu pulang, bapa saya
memarahi saya kerana bawa
‘orang malaya’ datang kerumah.
Sejak itu beberapa kali saya
tidur rumah ustaz itu.
Disamping mengulangkaji saya
gemar berdialog dengan ustaz
itu. saya memerhatikan
kehidupan ustaz tu,saya
mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi
didatangi 3 orang berjubah.
Seorang berjubah hitam
membawa salib. Seorang
berjubah putih membawa
bendera bertulisan jawi. Dan
seorang berjubah hijau yang
meminta saya membuat pilihan.
Yang berjubah hitam dan
berjubah putih saling menarik
saya mengikuti mereka. Saya
meronta-ronta. Disamping itu
saya dapati yang berjubah hitam
semakin tengelam dan yang
berjubah putih semakin tinggi.
Sedang saya meronta-ronta,
saya terjaga.. Saya mendengar
suara azan dan ustaz tadi berada
ditepi saya dan berkata, ”
mengapa Johanis….awak
mengigau….”
Saya pegang tangan ustaz itu,
saya katakan, ”Cikgu Islamkan
saya…………”.Ustaz itu minta
saya bersabar untuk dia uruskan
dengan pihak tertentu. Tidak
lama selepas itu saya pun di
Islamkan oleh Ustaz itu.
Selesai penIslaman saya, saya
pulang ke rumah. Sampai di
rumah,saya lihat pakaian saya
bertabur diluar rumah. Rupanya
bapa saya telah tahu. Sebaik
melihat saya, bapa bergegas
masuk dan keluar semula
dengan mengacu senapang ke
arah saya. Tiba-tiba emak
menerkam dan peluru senapang
meletup keatas.
Saya segera meninggalkan
rumah sehelai sepinggang.
Tinggalkan keluarga saya.
Tinggalkan sekolah. Saya
bersembunyi sekejap rumah
ustaz sebelum saya dibawa oleh
ustaz pulang ke semenanjung
sebaik habis kontrak mengajar
di Sabah .
Saya diserahkan kepada PERKIM
di Kuala Lumpur. Secara
kebetulan rakan saya
Nazri,vokalis kumpulan Raihan
juga memeluk Islam, tetapi
mengikuti kumpulan Ar-Arqam.
2 lagu dalam album pertama
kumpulan Raihan adalah
saduran lagu koir yang kami
nyanyikan dalam gereja sewaktu
di Sabah dulu..
6 tahun saya di PERKIM. Saya
masuk pula Maahad Tahfiz.
Alhamdulillah saya dapat sijil Al-
Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian
saya bekerja dengan Jabatan
Agama Islam. Saya banyak
masuk kawasan di Negeri
Sembilan, Melaka dan Pahang.
Tak sampai setahun saya letak
jawatan.Saya sedih kerana ramai
pendakwah ini nak berdakwah
pun merungut duit over time.
Saya rasa tiada keiklasan.
Biarlah saya jadi pendakwah
bebas.. Saya ingin membilas
dosa lalu.. Saya telah ramai
memurtadkan orang..kini saya
mahu berjuang untuk
mengIslamkan seramai mungkin
dengan kualiti bukan kuatiti
saja.
Berbalik kisah keluarga saya.
Selepas meninggalkan rumah
dan belajar di PERKIM saya selalu
telefon ayah,emak dan adik
beradik saya. Saya katakan
jangan bencikan saya. Saya
sayang ayah..saya sayang
emak..saya sayang adik beradik
saya. Ayah dan emak tetap ayah
emak dunia dan akhirat.
Walaupun ayah menyambut
dingin suara saya, saya
hantarkan buku-buku yang
sesuai menerangkan tentang
Islam. 7 tahun saya telefon. 7
tahun saya hantar surat dan
buku-buku. saya menangis
kerana rindukan ayah,emak dan
adik beradik. Akhirnya, sewaktu
saya di Maahad Tahfiz, bagaikan
halilintar saya mendapat
berita ……… Ayah saya menganut
Agama Islam.
Allah saja yang tahu perasaan
saya ketika itu. Saya menangis
dan menangis. Saya ambil
wuduk dan sujud syukur. Air
mata saya menjadi terlalu
murah …..saya terus menangis…
saya pejamkan mata…saya
bayangkan ayah dihadapan…
saya peluk erat tubuh ayah dan
kami menangis bersama ……….Ya
Allah betapa agungnya
kekuasaanMu ….
Peristiwa yang saya alami
sewaktu memeluk Islam turut
dirasai oleh ayah saya. Dia
dihalau dari rumah yang diberi
oleh pihak gereja. Kini saya
pendakwah bebas. Saya sedih
melihat umat Islam hari ini
berpecah.
Kita berpecah kerana kita
meninggalkan Quran dan
sunnah Rasul. Kita ambil
sebahagian dan kita tinggalkan
sebahagian. Kita ambil contah
pelaksanaan hukum Hudud dan
Qisas. Mengapa kita cari jalan
nak menentang pelaksanaanya.
Sepatutnya kita cari jalan supaya
dapat dilaksanakan. Inilah sikap
umat Islam. Saya pernah
berdialog dengan beberapa
orang pensyarah universiti
tentang isu Hudud & Qisas. Dia
boleh sergah saya, ”You apa
tahu…..Islampun baru setahun
jagung…..”
Saya sedih dengan sergahan
pensyarah itu. Kalau ini sikap
pendakwah saya tak akan
masuk Islam. Tapi saya pilih
Islam kerana saya tahu Apa itu
Islam. kerana itu saya ajak
menghayati Islam..
Saya kumpulkan semula kawan-
kawan masa Kristian dulu. Saya
berdialog tentang Islam. Saya
kumpulkan derma untuk tujuan
dakwah ini,untuk bergerak
perlukan wang. Saya diancam
oleh puak Kristian. saya juga
diancam oleh umat Islam.
Apa tauliah awak,mana
kebenaran Jabatan Agama,mana
permit polis,sapa benarkan
pungut derma dll. Saya tak
gentar berdialog dengan puak
Kristian,kerana saya ada
pengalaman tapi sukarnya bila
Umat Islam sendiri menyulitkan
saya.
Marilah kita awasi dakyah
Kristian. Satu usaha yang agak
ketara ialah di IPT. Pendakyah
ini mendekati kaum
muslimah,pura-pura nak belajar
Islam ….jatuh cinta…lalu
dimurtadkan…ada yang pura-
pura masuk Islam….dan
dimurtadkan. Saya sudah pergi
banyak IPT. Saya paling
bimbang di Universiti Putra
Malaysia . Itulah satu-satunya
Universiti yang ada gereja.
Gereja ini antara yang aktif
untuk memurtadkan orang
Islam.
Saya nak nasihatkan kalau ada
saudara kita terminum ‘Holly
Water’.
Sebenarnya air ini dibuat di
Vatican City . Dijampi oleh paderi
termasuk Pope John Paul yang
jemput Perdana Menteri kita
dulu. Kalau terminum, cari air
kolah dari 3 masjid. Baca Al-
Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x,
dan selawat. Ambil sebahagian
buat minum dan sebahagian
buat mandi. InsyaAllah mereka
akan sedar dan dapat
diselamatkan. InsyaAllah.

2 comments:

  1. wow.... tak dapat nk komen apa2 slpas bce crita ni... sgt mnakjupkan...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...