Monday, August 2, 2010

Siapa Rosli Dhobi ?


Rosli Dhoby merupakan seorang
pejuang kemerdekaan Sarawak
daripada penjajah British. Beliau
berketurunan Melanau.
Rosli didapati bersalah menikam
sampai mati Gabenor British
Sarawak yang kedua, Sir Duncan
Stewart dengan menggunakan
pisau beracun di Sibu pada 3
Disember 1949.Faktor yang
menyebabkan beliau terpaksa
mengakui tuduhan tersebut
adalah atas permintaan ibu
beliau kerana ibu beliau telah
diugut akan ditembak. Selepas
beberapa bulan dalam penjara di
Kuching,
 Rosli akhirnya maut di
tali gantung pada 2 Mac 1950.
Turut sama digantung adalah
rakan seperjuangannya Morshidi
Sidek, Awang Ramli Amit Awang
Matsaruddin dan Bujang
Suntong.Kematian mereka
berempat telah menyebabkan
gerakan penentangan anti-
kolonialis di Sarawak berakhir
secara mendadak.
Mereka semua dikebumikan di
situ juga, di Penjara Pusat
Kuching, tanpa batu nisan di
bawah tembok perkarangan
penjara.Ini kerana Pihak British
bimbang akan kebangkitan
semula gerakan penentangan
anti-Kolonial yang telah tamat
secara mendadak selepas
kematian mereka
berempat.Setelah 46 tahun
bersemadi di Tanah Perkuburan
Penjara Kuching, Pada 2 Mac
1996, keempat-empat pejuang
kemerdekaan ini dikebumikan
semula dengan diberikan
pengkebumian negeri di Makam
Pahlawan Sarawak,berdekatan
dengan Masjid Bahagian
Sibu.Ketika itulah,Keempat-
empat buah keranda yang
mengandungi tinggalan jenazah
mereka diselimuti dengan
bendera negeri Sarawak,sebagai
menunaikan salah satu daripada
wasiat Allahyarham Rosli Dhoby.

No comments:

Post a Comment

Vaccine covid-19 berjaya dihasilkan

  Rusia dakwa berjaya hasilkan vaksin Covid-19 Moscow: Rusia mendakwa menjadi negara pertama berjaya menghasilkan vaksin Covid-19 dan menama...