Monday, August 2, 2010

leftenan Adnan....


Adnan Bin Saidi atau
lebih dikenali sebagai Lt. Adnan
Saidi dilahirkan di Kampung
Sungei Ramal, Kajang, Selangor
pada tahun 1915. Adnan Saidi
merupakan anak sulung dalam
keluarganya. Inilah serba sedikit
kisah pertempuran terakhir
beliau di Bukit Candu, Singapura.
(yg saya petik dari beberapa
sumber)
Pertempuran sengit berlanjutan
di Bukit Candu. Semua jenis
senjata digunakan, termasuk
granet dan senjata automatik.
Lt. Adnan sendiri mengendalikan
senjata Lewis gun. Dalam
kebanyakan kes, askar
bertempur dalam pertempuran
berhadapan menggunakan
bayonet. tetapi, mereka kekal
bertahan mengecewakan pihak
musuh. Dalam pertempuran
yang berikutnya pegawai dan
tentera mati. Adnan cedera
parah tetapi enggan berundur
dan sebaliknya menyuruh
orang-orangnya berjuang
sehingga ke titisan darah
terakhir. Keberaniannyalah yang
menaikkan semangat juang
orang-orangnya untuk bertahan
bersunguh-sungguh.di dalam
keadaan kacau bilau
pertempuran, tubuh Korporal
Yaakob(satu-satunya yang
selamat) jatuh di atas timbunan
mayat rakan-rakan
seperjuangannya yang telah
mati ditembak tentera Jepun.
Beberapa detik sebelum itu dia
dapat melihat dengan mata
kepalanya sendiri bagaimana
Leftenan Adnan dari Rejimen
Askar Melayu berserta beberapa
orang anak-anak buahnya yang
lain akhirnya berjaya ditawan
Jepun. Leftenan Adnan berusia
27 tahun ketika kejadian ini
berlaku...Sejak pagi semalam
lagi tentera Jepun telah
menumpukan serangan bedilan
bom, mortar berat dan bedilan
meriam ke kawasan Pasir
Panjang kerana mereka tahu,
inilah kawasan terakhir yang
perlu mereka tawan sebelum
Singapura jatuh ke tangan
mereka. Pihak British
mempertahankan kawasan
secara habis-habisan kerana
kawasan tanah tinggi ini
menghadap ke arah utara
Singapura serta merupakan
jalan ke arah Alexandra di mana
letaknya depot senjata serta
hospital tentera, serta
kepentingan lain milik British.
Divisyen Chrysanthemum
Tentera Imperial Jepun di bawah
pemerintahan Leftenan Jeneral
Renya Mutaguchi telah
diperintahkan untuk
menghadapi 'C' Coy. 'C' Coy
merupakan sebuah pasukan
yang membentuk Batalion
Pertama dan Kedua Kedua
Rejimen Askar Melayu Rejimen
British 2nd Loyals dan Briged
44th Indian. 'C' Coy berserta
Leftenan Adnan Saidi telah
ditempatkan untuk
mempertahankan
Perkampungan Pasir Panjang.
Mereka telah memberi
tentangan yang hebat kepada
Tentera Jepun sehingga tentera
Jepun dari Divisyen
Chrysanthemum yang terkenal
kerana kehebatan serta
kehandalan mereka berperang
terpaksa berundur.
Pada tengah malam semalam,
Leftenan Adnan telah
diperintahkan oleh Kepten H.R.
Rix untuk berpindah ke sebuah
tapak pertahanan baru. Mereka
telah bertahan di sebuah kilang
memproses candu kepunyaan
pemerintah British di kaki
sebuah bukit di Pasir Panjang.
Seramai 42 orang anggota
Batalion pertama dan Kedua
Rejimen Askar Melayu bertahan
di situ tanpa air, makanan serta
bekalan senjata tambahan. Di
dalam keadaan terdesak,
Leftenan Adnan telah
memerintah anak buahnya
untuk memperkukuhkan
benteng pertahanan mereka
dengan beg pasir. Dia tahu,
jumlah tentera Jepun yang akan
datang menyerang terlalu
banyak jumlahnya dibandingkan
dengan jumlah tentera di bawah
pimpinannya.
Pada tengah hari 14 Februari,
pihak tentera Jepun akhirnya
menyerang Rejimen Askar
Melayu yang sedang bertahan di
Bukit Chandu. Sekumpulan
anggota tentera Jepun yang
menyamar sebagai anggota
tentera Punjabi datang
mendekati mereka. Sebelum
sempat mereka dapat
mendekati kawasan yang
dipertahankan oleh 'C' Coy,
Leftenan Adnan yang telah
ditugaskan untuk
mempertahankan bahagian
utara kawasan tanah tinggi ini
sudah dapat menghidu helah
yang telah dilakukan oleh
tentera Jepun. Tentera Punjabi
itu dilihatnya sedang mara
bergerak dalam kumpulan
berempat dan bukannya bertiga.
Leftenan Adnan yakin, apa yang
dilihatnya itu adalah satu helah
yang dilakukan oleh tentera
Jepun, kerana pasukan tentera
di bawah pimpinan British tidak
mungkin akan melakukan
kesilapan yang besar seperti
yang dilihatnya pada ketika itu.
Terus dia mengarahkan agar
tembakan dilepaskan bertubi-
tubi ke arah tentera Jepun yang
sedang menyamar ini.
Seramai 20 anggota tentera
Jepun telah mati serta cedera di
dalam serangan ini. Perkara ini
telah membuatkan tentera
Jepun mengamuk, lantas
membalas dengan serangan
tembakan bertubi-tubi ke atas
Rejimen Askar Melayu.
Rejimen Askar Melayu telah
berjuang dengan berani
sehingga titisan darah yang
terakhir walaupun mereka
terpaksa berhadapan dengan
tentera Jepun dengan
menggunakan jumlah peluru
yang terhad. Maka begitulah
hendaknya semangat "Ta'at dan
Setia" yang begitu kental di
dalam jiwa mereka.
Tubuh Korporal Yaakob kaku
tatkala dia berpura-pura mati di
atas tubuh seorang rakannya
yang telah mati ditembak pada
bahagian lehernya. Korporal
Yaakob dapat mencium bau
hanyir darah yang masih
mengalir hangat dari bahagian
leher kawannya itu. Begitu
meloyakan sehinggakan dia
merasa seperti mahu muntah di
situ juga. Sebelum Korporal
Yaakob rebah di dalam
kekalutan pertempuran tadi, dia
dapat melihat Kapten Rix
terbunuh bersama 12 orang
tentera Melayu yang lain yang
telah berjuang bermati-matian
dengannya.
Kini, dari posisinya Korporal
Yaakob dapat melihat keadaan
Leftenan Adnan yang cedera
parah diheret dan disepak
terajang oleh tentera Jepun
yang sedang marah menggila
pada ketika itu. Mereka betul-
betul ingin membalas dendam
ke atas kematian rakan-rakan
mereka yang telah mati
ditembak oleh Leftenan Adnan
serta anak-anak buahnya yang
lain. Enam orang anggota
tentera Melayu yang berjaya
ditawan terus diikat, lantas
ditikam dengan bayonet oleh
tentera Jepun sehingga mati.
Suara anggota tentera Melayu
yang telah mengerang kesakitan
di dalam saat-saat akhir hidup
mereka terus berdengung di
dalam kepala Korporal Yaakob.
Dia tidak dapat melakukan apa-
apa kecuali terus berpura-pura
mati.
Tubuh Leftenan Adnan yang
lemah itu kemudian diserkup
dengan guni. Kakinya di
gantung ke sebuah pokok ceri
berdekatan dengan sebuah
rumah banglo di Pepys Road.
Kemudian, tanpa sebarang
pertimbangan, tentera Jepun
telah menikam tubuh Leftenan
Adnan berkali-kali sehinggalah
tubuhnya berhenti bergerak.
Kaku. Titisan darah yang pekat
mula membasahi kain guni yang
menutupi tubuh Leftenan
Adnan. Seorang pegawai tentera
Jepun mengeluarkan balutan
kain guni pada tubuh Leftenan
Adnan. Dia mengambil pisaunya
lalu leher Leftenan Adnan
dikelar. Darahnya menitik
dengan deras ke tanah.Pegawai
tersebut lalu memerintahkan
anak-anak buahnya supaya
memberi amaran kepada
penduduk-penduduk tempatan
supaya jangan menyentuh
mayat Leftenan Adnan juga
mayat-mayat askar Melayu yang
lain untuk dikebumikan. Jika
tidak padah jadinya nanti!
Peristiwa Pertempuran di Bukit
Chandu merupakan
pertempuran terakhir sebelum
Singapura akhirnya jatuh ke
tangan Jepun. Pada 15 Februari
1942, Leftenan-Jeneral A.E
Percival dari Pakatan Tentera
British akhirnya menyerah kalah
kepada Leftenan-Jeneral
Yamashita Tomoyuki dari
Tentera Imperial Jepun di
bangunan Kilang Ford di Bukit
Timah. Penyerahan Singapura
kepada Jepun ini menandakan
tamatlah ikatan Malaya dan
khususnya Singapura kepada
Kerajaan Britih yang telah
memerintahnya selama lebih
seabad lamanya sebelum ini.
Pada hari yang sama, bendera
Union Jack diturunkan lantas
bendera Matahari Terbit atau
Hinomoru dikibarkan di
sebatang tiang bendera
berdekatan dengan bangunan
Cathay, bangunan yang tertinggi
di Singapura pada waktu itu.
Ketika Jepun mengambil alih
Singapura, tahun 1942 telah
ditukar menjadi tahun 2602
mengikut kalendar yang
digunakan oleh Jepun. Jam-jam
pula diubah agar mengikut
masa yang sama di Tokyo.
Sejak dari hari itu, Singapura
dinamakan mereka 'Shonan-to',
Malaya pula 'Malai' atau 'Maraiee'
dan Pulau Pinang pula 'Tojoto'.
Maka kini bermulalah penjajahan
Jepun ke atas bumi Malaya dan
Singapura!
*Keberanian sera kepahlawanan
Leftenan diakui sendiri oleh
Empayar British dan juga
Empayar Jepun, sehinggakan
General Yamashita yang dikenali
sebagai Harimau Malaya
menyatakan “jika terdapat 10
orang Leftenan Adnan, belum
pasti Malaya jatuh ke tangan
Jepun ”
*Kisah kepahlawanan beliau
juga di filemkan dalam ‘Leftenan
Adnan’ the movie.

No comments:

Post a Comment

Vaccine covid-19 berjaya dihasilkan

  Rusia dakwa berjaya hasilkan vaksin Covid-19 Moscow: Rusia mendakwa menjadi negara pertama berjaya menghasilkan vaksin Covid-19 dan menama...