Monday, August 2, 2010

Kereta busuk


Cerita ni dah lama jugak, masa
tu aku tingkatan satu. Nak cerita
secara detail aku pun tak berapa
ingat cerita ni. Cerita yang aku
nak cerita ni pun takdelah seram
sangat pun, tak taulah aku kalau
ada daripada pembaca yang rasa
seram jugak. Masa tu aku ingat
lagi kecoh kat sekolah aku pasal
ada sebuah kereta Proton Saga
Aeroback yang dijual dengan
harga murah, tak sampai RM
500 pun. Memang murah gila,
yelah mana nak dapat kereta
murah macam tu dan masih
baru lagi. Kereta tu second hand
tapi baru je pakai beberapa
bulan dan pemiliknya telah
menjual pada satu kedai kereta
terpakai. Tapi kereta tu takde
seorang pun mahu membelinya.
Heran bukan? Memang heran
pun aku sendiri pun heran,
mesti ada udang disebalik batu.
Sebab musabab kereta tu tak
laku bukannya kerana dah tak
boleh digunakan atau rosak,
kereta tu masih sempurna lagi
dari segi zahir dan batinnya…
cewahhh. Tapiiiiiiii ni aku nak
kaboo ke mung ni (terengganu
pulak aku ni) bila bukak je pintu
kereta tu, peeehhhh
mengeluarkan satu bau yang
amat busuk, masyaAllah tak
taulah nak kata macammana dia
punya busuk, aku rasa bau taik
aku pun kalah. Memang busuk
sangatlah. Itulah puncanya
kereta tu tak laku. Nak ikutkan
puas juga orang kedai tu
bersihkan, macam-macam jenis
syampu pakai tapi memang bau
tu tak mahu hilang jugak.
Ceritanya macamni, aku pun
ingat-ingat lupa sebenarnya.
Lebih kurang macam ni la, pada
suatu hari pemilik kereta asal ni
balik dari kerja (nak mudahkan
cerita aku bagi nama kat
pemilik ni Zues lah, senang sikit
tapi bukan nama sebenar), si
Zues ni balik pada hari ni agak
lewat sikit, yelah banyak kerja la
katakan pada hari tu. Dalam
perjalanan pulang si Zues akan
melalui satu tanah perkuburan,
memang tiap-tiap hari dia ikut
jalan tu. Tapi dah biasa agaknya
si Zues ni takdelah rasa apa-apa
lalu kat situ. Kebetulan selepas
saja melalui tanah perkuburan
tu ada seorang wanita tahan
kereta si Zues ni, masa tu lebih
kurang pukul 8:30 malam. Pada
mulanya si Zues ni tak mahu
berhenti yelah dah malam-
malam macam tu, entah kenapa
pulak hati dia ni tergerak pulak
nak berhenti. Si Zues menekan
butang auto windowsnya,
"Nak kemana ni cik adik?", tanya
Zues pada wanita tu.
"Saya nak baliklah bang, dari
petang tadi saya tunggu bas,
takde satu pun yang lalu, kalau
abang tak keberatan boleh saya
tumpang?", tanya wanita
tersebut pada Zues.
"Emm boleh jugak, rumah cik
adik ni kat mana?", tanya si Zues
lagi.
"Alaa bang tak jauh pun, dekat
kawasan perumahan yang dekat
dengan restoren lj tu."
"Ohhh restoren tuuuu, emm kat
situ nasi lemak dia memang
sedap tu, emm naiklah saya pun
memang lalu tempat tu", Tanpa
berlengah lagi si Zues pun
membuka pintu keretanya.
Wanita tadi pun naiklah kereta si
Zues. Wangi jugak, ntah minyak
wangi apa entah dia pakai. Si
Zues tak banyak tanya dengan
wanita tu, malulah tu konon
yelah boleh tahan jugak
lawanya. Tak sampai satu
kilometer wanita tu suruh
berhenti.
"Opssss, berhenti sini bang",
dengan nada yang agak kuat.
"Eh! Apsal berhenti kat sini
pulak? Kan ke belum sampai
lagi", Zues hairan.
"Tu ha, rumah saya", dengan
menuding jari kearah satu
tempat.
"Takde pun?", Zues kehairanan.
"Adalah bang, takpalah saya
turun sini ye, terima kasih
kerana tumpangkan saya nah
ambil lah kain ni tanda terima
kasih saya, simpan elok-elok ye
bang jangan buang pulak
simpan je kat dalam kereta ni".
sambil menyerahkan sepotong
kain pada Zues.
Si Zues ni pun tanpa banyak
tanya dia pun terima kain tu.
"Oklah, Baik-baik jalan tu"
dengan agak kehairanan dengan
apa yang terjadi. Si Zues ni pun
baliklah rumahnya dengan kain
yang diberi oleh wanita tadi.
Untuk pengetahuan, si Zues ni
dah berkahwin.
Keesokan harinya pula,
kebetulan besok tu hari minggu
si Zues ni banyak menghabiskan
masa dirumah bersama
keluarga. Si Zues ni biasalah dah
hujung minggu ni takde keje lain
dia basuh kereta la, kereta
barulah katakan baru je sebulan
pakai, dia basuh kereta dengan
bini dia. Tengah bini dia dok
vacumm dalam kereta, "Eh kain
apa ni bang? Wangi je kain ni,
abang keluar dengan
perempuan mana pulak ni
bangggg???" Zues pandang pada
kain tu, dia teringat pasal
wanita tu, "Takdelah Nazira,
semalam masa abang balik ada
sorang perempuan nak
tumpang, lepas tu dia bagilah
kain tu tanda terima kasih, alaaa
takde apa-apalah biar jelah kat
situ jangan dibuang" si Zues
cuba menenangkan keadaan
isterinya. "Abang jangan
memain dengan saya bang"
dengan keadaan yang agak
marah si Nazira buang kain tu
kedalam tong sampah. Si Zues
membiarkan saja apa yang
dilakukan oleh isterinya tu,
yelah karang dilarang lain pulak
jadinya (takut bini jugak mamat
ni). Si Nazira ni pun terus masuk
ke dalam rumah meninggalkan
si Zues yang sedang memegang
berus, Zeus diam tak terkata apa
dengan sikap bininya tu,
merajuklah tu biasalah orang
perempuan cemburu, cemburu
tandanya sayang tu.
Berlalulah bab tu, pada
keesokannya seperti biasa si
Zues ni bangun pagi dan
bersiap-siap nak pergi kerja.
Tengah dok nak buka pintu
kereta, Zues terbau bau yang
sangat busuk bau tu datang dari
kereta dia, bila dibukanya pintu
kereta bau tu semakin kuat
pulak. Terus si Zues ni panggil
bini dia, "Naziraaaa!!!! Mari
cepatttt!, "Ye bang" jawab
bininya "Ada apa abang panggil
saya?" "Kenapa kereta ni bau
busuk sangat ni? Kamu basuh
macammna kereta ni semalam
sampai keluar bau busuk
macamni?" dengan nada yang
agak tinggi. "Apa pulak bang,
manalah saya tahu abang yang
sudahkan basuh kereta ni
semalam". "Ish macammana
boleh busuk macam ni?" serba
tak kena si Zues dibuatnya.
Di pendekkan cerita, Zues
mengambil keputusan menjual
kereta tersebut setelah puas
berikhtiar menghilangkan bau
pada keretanya itu. Zues telah
menjual kereta itu di salah
sebuah kedai kereta terpakai
dekat Cheras kalau aku tak
silaplah. Lama jugak kereta si
Zues tersadai kat kedai tu, takde
sorang pun nak beli. Emm
begitulah serba sedikit
ceritanya, tak taulah aku apa
cerita kereta tu, tapi ada jugak
terdengar cerita kereta tu dah
ada orang yang beli, yang beli tu
pulak aku dengar cerita orang
yang ada ilmu jugak la, tah
macammana dia buat kereta tu
pun hilang baunya.
Wallahuaklam.


Cerita Asal : Jend_RG

No comments:

Post a Comment

Vaccine covid-19 berjaya dihasilkan

  Rusia dakwa berjaya hasilkan vaksin Covid-19 Moscow: Rusia mendakwa menjadi negara pertama berjaya menghasilkan vaksin Covid-19 dan menama...