Monday, August 2, 2010

Volkswagen kuning



 Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu
perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum
menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning
semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya
dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya
dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.
Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki
semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning
ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar
jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam. Volkswagen ini akan muncul
secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut.Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.

No comments:

Post a Comment

Vaccine covid-19 berjaya dihasilkan

  Rusia dakwa berjaya hasilkan vaksin Covid-19 Moscow: Rusia mendakwa menjadi negara pertama berjaya menghasilkan vaksin Covid-19 dan menama...