Sunday, October 3, 2010

10 Penjara Paling Ganas Di Dunia

   Di antara 10 penjara ‘mengerikan’ ini terselit satu penjara dari Asia Tenggara, iaitu, Bang Kwang Prison Atau dikenal ‘Bangkok Hilton’. Inilah penjara paling ‘menakutkan’ di Asia Tenggara. Bukan hanya penuh sesak  tapi juga kerana  keganasan di dalamnya.


Bang Kwang Prison 
Bang Kwang Prison 
1.    Carandiru Prison: (Brazil)


        


      
 Penjara ini sempat juga menghebohkan Brazil dimata dunia ketika brlaku rusuhan besar di penjara tersebut tahun 1992. Tragedi pembunuhan beramai-ramai yang melibatkan polis tempatan. Ratusan korban yg gugur, 103 orang di antaranya tewas terbunuh. Tragedi Caradiru bermula dari meletusnya perang 'antara geng' di penjara tersebut, yang melebar hingga melibatkan banyak banduan.
Polis kemudian mendatangkan bala bantuan. Sebenarnya saat itu banyak banduan telah menyerah dengan melemparkan senjata mereka. mereka meminta perlindungan polis.Namun dijawab polis dengan menembak mereka.Perlakuan ganas dari pihak polis mencetuskan protes di mana-mana, tak terkecuali Amnesty Antarabangsa yang mengarahkan penjara tersebut ditutup tahun 2002.Amnesty Antarabangsa melaporkan, telah terjadi pelanggaran hak-hak asasi manusia di sana yang tak boleh di biarkan lagi. Bukan itu sahaja kemudahan penjara juga sedemikian buruk sehingga menyebarkan penyakit maut.
Pada masa itu Ketua Polis Metropolitan Sao Paulo adalah Ubiratan Guimaraes, dia dianggap orang yang paling bertanggungjawab meletusnya tragedi ini. Kes yang menimbulkan kemarahan dunia ini membawa Guimaraes ke kerusi pngadilan. Ia sempat diadili dengan tuduhan pembunuhan terhadap 102 orang. 



2.    Bang Kwang Prison (Thailand)






           Dikenali sebagai "Bangkok Hilton". Penjara ini boleh dikira sudah tidak layak lagi, selain penuh sesak, juga kekurangan pengawal. Para banduannya dirantai. Khabarnya banyak bnduan jadi gila akibat stress melewati bulan bulan pertama di tahanan itu.Pengarah penjara Khun Nattee mengakui, kalau penjaranya adalah paling keras diseluruh Thailand. Di sini kemudahan sangat minimum, termasuk rawatan kesihatan terhadap bnduan yg sangat ren. Banduan yang sakit hanya boleh meringkuk dengan kaki dirantai di biliknya, sambil menunggu datangnya ubat (kalau boleh).


3.    ADX Florence Supermax Prison: (Colorado)




               Penjara ini dibangun sebagai respon atas serangan terhadap para banduan dan kakitangan yang terjadi di penjara lain di Amerika. Di penjara ini menerapkan maximum security untuk mencegah terjadinya serangan para banduan terhadap banduan ataupun kakitangan penjara. Para banduan mengalami penyiksaaan psikologi kerana selama 23 jam hanya mnghabiskan masa diselnya. mereka tak boleh kemana mana.Menjadi banduan di ADX adalah suatu mimpi buruk tak tak terlupakan bagi mereka.Di sana mereka menerima keadaan yang paling teruk dari yg terteruk. Oleh itu mereka yg masuk ke sini adalah para penjahat kelas atas termasuk yg telah berkali-kali masuk penjara. Di sinilah 'neraka' penjara yg boleh mengakibatkan derita seumur hidup.Selama 13 tahun beroperasi, dua orang tawanan dikabarkan mati terbunuh di ADX Florence. Salah satunya Lawrence Klaker. Ada yg menyebut dia mati ditembak, tp ada juga yg mngatakan bunuh diri.

4.    Alcatraz Island Prison: (San Francisco, CA)




                Penjara ini, yang dikenal sebagai “The Rock”, atau “Devil’s Island” . Dibangun pada 1920-an. Segala ketidak selesaan ada di sini. Alcatraz dirancang sedemikian rupa sehingga amat kecil kemungkinan banduan boleh lepas dari sini. Alcatraz benar benar menciptakan dunia sendiri. Para banduan benar-benar terputus hubungan dengan kehidupan di luar sana.
Bilik penjara yang kelam,warden yg kasar,tidak hairan kalau banyak yamg terkena gangguan jiwa akibat tekanan psikologi yang luar biasa. Bayangkan saja, di sana ada larangan untuk tdk bercakap cakap dgn banduan lain, kalo tdk menurut, hukuman menunggu. Banduan  dilarang mnunjukkan emosinya. Mereka dipaksa diam! Hak hak sbg manusia, di Alcatraz, telah ditarik. Betul-betul penjara ‘neraka’. Penjara ini ditutup pada 1963, tetapi warisan kegelapan terus ‘hidup’ dan menjadi legenda. (Mahu tau seperti apa, lihat dalam filem escape from alcatraz)


5.   San Quentin Prison: (San Quentin, California)


             Sekitar tahun 1930 an, pengelolaan penjara ini sarat dengan rahsuah, sampai akhirnya muncul pengarah baru Clinton Truman Duffy yang melihat ketidak seimbangan fikiran manusia dari penjara ini, memutuskan melakukan perbaikan pada tahun 1940 an. Tapi sebelum masuknya pengarah baru, penjara ini dikenal sangat tidak berperikemanusiaan dngan memperlakukan para banduan sesuka hati. Kepala mereka dibotakan dan dipaksa memakai seragam yang diberi nombor, mereka makan dengan serba teruk. Menghuni sel yang sempit tanpa diberi lampu.
Di sini nyawa tidak ada harganya. Rusuhan antara yang kerap terjadi. Pertimbangan antara pengawal penjara dan banduan tidak seimbang, itu sebabnya banyak hal terjadi diluar kawalan.

6.    Diyarbakr Prison: (Turki)




          
  Penjara ini terkenal sebagai penjara terkejam di turki di mana segala keganasan dan keperitan begitu biasa terjadi. Dari 1981 hingga 1984, 34 orang tawanan tewas kerana penyiksaan berlebihan, baik jiwa mahupun fizikalnya. Belum lagi kes penyimpangan seksual yg bermaharajalela.
Para banduan  sebenarnya telah melakukan protes terhadp pengelolaan penjara. Mereka melakukan mogok makan, bahkan membakar diri sendiri sebagai bentuk protes. Namun tdk berhasil. Keadaan penjara ini ’sangat mengerikan’ jauh dari standart sebuah pnjara. Di sini pernah terjadi peristiwa mengerikan di mana kanak-kanak di campakkan di sini dan mendapat hukuman penjara seumur hidup. Kejahatan terhadap kemanusian sepertinya menjadi peristiwa biasa saja. Tidak hairan penjara ini masuk dalam salah satu penjara yang paling menyeramkan di dunia.


7.     La Sabaneta Prison: (Venezuela)



Venezuela juga memiliki penjara tak kalah ganasnya, iaitu La Sabanetaa, di mana kekerasan menjadi ’santapan’ hari-hari. kemudahan yg sangat minimum, mewujudkan wabak penyakit yg begitu mudah trsebar. Hal ini kerana pelayanan dokter sangatlah minimum, bahkan hampir tiada. Makanan yg kurang dengan menu yg jauh dari sederhana.
Posisi banduan di Penjara La Sabaneta adalah yang terteruk dari yang sangat teruk. Tak heran kalau wabak kolera sempat datang kemari dan mengorbankan 700 banduan. Di sini juga pernah terjadi pergaduhan yang memakan korban 100 orang bnduan pada tahun 1994. Kematian mnjadi-jadi di La Sabaneta. Silap sedikit, nyawa boleh  melayang. Para pegawai penjara yg malas mnguruskan banduan, sehingga para banduan boleh berleluasa berbuat apa sahaja, bebas... mereka bergaduh bahkan membunuh sesama bnduan. Para penjaga ‘menutup mata’ atas kejadian2 ini.


8.    La Sante Prison: (Paris, Perancis)




            Seperti penjara ‘maut’ lainnya, di sini juga nyawa manusia tiada harga. Perlakuan ganas berleluasa. Ketidak pedulikan para warden penjara membuat kehidupan banduan benar-benar tidak berharga. Banyak banduan akhirnya menjadi gila. Sel-sel penjara yang penuh kutu dan tikus, semakin membuat banduan tertekan.
Sungguh sebati dengan kata-kata‘ La Sante’ yang berarti health (kesihatan) dalam bahasa Inggris. Kerana pada kenyataannya hidup di sana sungguh tidak sehat. Pegaduhan pegawai antara banduan, banduan sesama banduan, sudah menjadi biasa. Kes perkosaan antara sesama banduan sangat tinggi dan terjadi setiap hari. Tidak hairan kalau banyak banduan  tidak tahan akhirnya bunuh diri, atau menjadi gila. Sepanjang tahun 2002 dikabarkan terjadi 122 kes bunuh diri banduan. Disusuli 73 banduan lagi pada pertengahan 2003.
Kecenderungan bunuh diri ini kemungkinan karena cara hidup yang mengerikan di sana. Penjara yg terlalu padat, kemudahan minima, serta perbagai kekerasan yang terjadi di sana, dikenalpasti sebagai punca utama tindakan bunuh diri.

9.    Rikers Island Prison: (Rikers Island, New York)




Penyiksaan yng sangat kejam membuat penjara ini begitu dikenal di amerika. Pada 2007, tawanan Charles Afflic mengalami penyiksaan yang berlebihan dari penjaga penjara sehingga harus menjalani pembedahan otak. Sebanyak 6 banduan bunuh diri di selnya kerana tidak tahan dengan suasana penjara yang menekan, hinggalah ke tahun 2003.


10.    Tadmor Prison: (Suriah)




Kematian di penjara ini seperti tak terkira banyaknya. Kekerasan di Tadmor begitu mengerikan dan benar-benar tak kenal erti maaf. Seorang bekas banduan  Tadmor menggambarkan penjara ini sebagai kerajaan maut dankeganasan yang sangat mengerikan
Tadmor memiliki pengawal penjara yang kehausan darah, terdapat juga tawanan politik. Pada 1980, sesudah percubaan pembunuhan terhadap Presiden (di Damaskus), dana terhadap banduan terpaksa membayar kos yang mahal. Para tentera menyerang penjara, mereka menggunakan halikopter dan mendarat di Tadmor. Para prajurit ini menyerang 500 orang tawanan di sel mereka. Para banduan ini mati dalam keadaan sadis, tidak dapat menyelamatkan diri karena para warden merantai kaki mereka di sel. 

2 comments:

  1. Penjara gini bagus untuk mereka yang buang anak, rempit ngan perogol kat malaysia ni.

    Kaki2 pecah rumah pun bagus sumbat sini.... aman Malaysia.

    ReplyDelete
  2. menakutkan betul .. kalo x insaf2 gak x taw la

    ReplyDelete

Vaccine covid-19 berjaya dihasilkan

  Rusia dakwa berjaya hasilkan vaksin Covid-19 Moscow: Rusia mendakwa menjadi negara pertama berjaya menghasilkan vaksin Covid-19 dan menama...