Thursday, October 7, 2010

‘bersembang’ dengan mayat

diceritakan oleh syahrilkadir(wartawan utusan malaysia)

kes wanita dibunuh di Kundang, lupa lak aku tarikhnya...
soalan paling famous yang orang akan tanya aku bila diaorang tahu aku bekas wartawan jenayah adalah;
” Awak tak takut tengok mayat ke?,”
aku tak nak cakap takburlah, sebagai manusia normal, bohonglah kalau aku kata tak takut…apatah lagi sebagai wartawan jenayah, boleh dikatakan 90 peratus mayat yang kami tengok bukanlah mayat yang sempurna
kes tembak, kes bunuh, kes kebakaran, kes tanah runtuh, kes lemas, kes kemalangan dan macam-macam lagilah…semuanya itu boleh dikatakan melibatkan kecederaan yang parah
aku sendiri pernah tersepak kepala manusia sewaktu membuat liputan tsunami di Aceh, pernah terpijak daging manusia yang berkecai sewaktu membuat liputan kes digilis komuter dan errr….macam-macam lagilah (nak cerita pun tak sanggup)
sahabat aku di TV3, Shamsul yang juga blogger terkenal Ondscene lagi dahsyat, aku rasa setiap hari dah dekat 10 tahun lebih dia tengok mayat sebab dia banyak buat liputan kemalangan jalan raya
tapi jangan tak tahu, wanita pun ramai jadi wartawan jenayah tau!
cuma sebagai wartawan, selalunya kami tak perlulah sampai ‘check’ keadaan mayat tu macam pegawai forensik, kekadang tak tengok pun, duduk je kat kedai kopi di lokasi kejadian kemudian tunggu pegawai penyiasat bagi statement
nak dekat-dekat pun polis bukannya bagi, selalunya diaorang akan rentang pita panjang DO NOT CROSS, takut ler kot-kot kami ni terusik bahan bukti, nanti jadi kes lain pulak
tapi aku ni dalam kategori pelik sikit, kalau aku pergi satu-satu tempat kejadian, selagi aku tak tengok dengan mata kepala aku sendiri mayat tu, aku memang rasa tak complete tugasan aku pada waktu itu
majoriti wartawan jenayah memang macam tu, selagi kami tak tengok mayat yang dimaksudkan, kami tak akan balik
kekadang tu sampai kena maki hamun dengan pegawai polis, tapi kami wat donno je, yelah, macam mana kau nak tulis kalau kau sendiri tak tengok keadaan mangsa?
adakalanya wartawan jenayah sendiri tolong angkat mayat bersama-sama anggota keselamatan di lokasi
sebelum ini pun aku pernah tulis bagaimana aku turut mengangkat jenazah model terkenal yang mati dibunuh, allahyarham Norita Samsudin di bilik mayat HKL, bagi aku dalam bab ni kira fardhu kifayahlah, tak kisah ler siapa kita, selagi kita boleh tolong, kita tolong
aku pernah tergelak besar bila seorang kawan yang juga reporter (bukan Meja Jenayah) kata yang aku ni ada pakai ilmu, adooyyyyyy
terus terang, ilmu bomoh-bomoh ni takde, cuma aku selalu pegang nasihat orang tua-tua agar menghormati mayat walaupun mayat tu bukan dari agama kita
kalau Islam, aku akan sedekahkan Al-Fatihah…dan kalau nak angkat pun, aku akan berhati-hati giler, takutlah nanti menyakiti si mati
aku juga akan pastikan mandi bila pulang dari lokasi, tak kiralah pukul berapa pun, sesejuk manapun air paip kat rumah tu, aku akan mandi juga
dan satu lagi, jika ada peluang, aku akan cuba ‘bersembang’ dengan mayat..tapi bukan sembang macam kat kedai mamak tu!
aku teringat sampai sekarang dua kes di mana aku ‘bersembang’ dengan mayat, dua-duanya di bilik mayat hospital
kes pertama seorang warga Indonesia yang juga pengusaha kantik yang dibunuh selepas diculik kat Kajang
kebetulan ketika aku ke bilik mayat, keluarganya belum sampai, aku cukup sedih bila lihat mayatnya penuh dengan kesan jahitan akibat post-mortem
aku pun merenung wajahnya dan bercakap dengan nada perlahan
” Abang jangan risau ye, InsyaAllah polis akan cari pembunuh abang,” kataku. Nak dijadikan cerita, memang betul pun dua tiga hari lepas tu suspek berjaya diberkas
begitu juga dengan Norita, aku sempat bercakap dalam hati bila tengok muka arwah kat bilik mayat HKL
” Adik kena sabar, ini dugaan terhadap adik, saya percaya kes akan selesai,” kataku
kekadang bila fikir balik, aku sendiri tak tahu macam mana aku boleh berani dan mempunyai kekuatan seperti itu
mungkin sebab memang itu kerja aku kot, sekarang ni aku rasa dengar bunyi lain macam sikit je kat belakang rumah, confirm aku dah panik rasanya heheheh
pesan aku cuma satu je, dalam apa hal sekali pun jangan takbur…kalau kita boleh elakkan perasaan itu, rasanya apa pun yang datang, InsyaAllah kita boleh melaluinya, rasa aku lah kan…

No comments:

Post a Comment

Vaccine covid-19 berjaya dihasilkan

  Rusia dakwa berjaya hasilkan vaksin Covid-19 Moscow: Rusia mendakwa menjadi negara pertama berjaya menghasilkan vaksin Covid-19 dan menama...