Thursday, October 7, 2010

kisah seorang detektif Cawangan Jenayah Berat (D9)



Diceritakan oleh syahrilkadir(wartawan utusan malaysia)
sepanjang aku menjadi wartawan jenayah, ada anggota dan pegawai polis yang cukup aku segani dan hormati
maksud aku segani dan hormati ini adalah kerana mereka menjalankan tugas dengan penuh integriti, tanpa memilih bulu dan paling penting, sanggup meletakkan nyawa mereka demi agama, bangsa dan tanah air tercinta
sebenarnya anggota dan pegawai polis sebegini ramai dalam pasukan, malangnya mereka jarang kita temui kerana yang kita dok nampak polis yang berlagak, suka ‘pau’ atau kutip wang perlindungan dari kedai video game dan yang dok sapu rasuah kat tepi-tepi jalan tu
salah seorang daripada mereka yang cukup aku respek adalah Sarjan A (tak payahlah aku sebut nama penuhnya)
Sarjan A ini tinggi orangnya, tegap, bermisai tebal dan segak bergaya…cukup peramah dan berbudi bahasa
dia bertugas di Cawangan Jenayah Berat atau dikenali sebagai D9
bila sebut D9 ni, ramai penjenayah akan ketar lutut ler sebab bukan calang-calang anggota atau pegawai yang diserapkan ke dalam unit ini
selalunya mereka yang duduk dalam D9 mempunyai kelebihan dalam teknik pertempuran jarak dekat atau CQB
maksudnya, mereka cukup mahir dengan penggunaan senjata api, so takpayahlah nak uji atau main acah-acah dengan diaorang dalam bab tembak-menembak ni, percuma je korang mati katak!
dan mereka juga cukup garang dan bengis, maklumlah kes yang mereka siasat pun bukannya kes curi manggis belakang rumah Che Mat
D9 selalunya akan handle kes-kes seperti rompakan, penculikan, rogol dan pembunuhan
berbalik pada kisah Sarjan A ni, aku mengenalinya kerana sering terserempak bila ada kes berbalas tembak
pendek kata, kalau ada je kes penjenayah mati kena tembak, di situlah kelibatnya akan muncul
selalu Sarjan A akan memakai jaket hitam, beg pinggang dan spek hitam, pistol ni jangan cakaplah…kat pinggang ada, kat celah ketiak ada, kat kaki pun ada!
kenapa aku nak cerita pasal Sarjan A?
semalam aku ke Plaza Sentral, tetiba aku ternampak Sarjan A…baru aku nak tegur, tiba-tiba dia yang berkemeja putih dan berseluar hitam itu keluar dari sebuah teksi
rupa-rupanya dia kini seorang pemandu teksi, untuk mendapatkan kepastian, aku pun call kawan aku di Bukit Aman
” Memang Ril, sarjan sekarang bawak teksi je, dia dah pencen,” kata member aku tu
aku terdiam, tak salah pun bawa teksi ni, janji kita buat kerja yang halal cuma aku agak sedih kerana sepatutnya sebagai anggota yang cukup berpengalaman, apalah salahnya jika kerajaan membantu mereka ini dengan menawarkan pekerjaan yang lebih sesuai
bukan apa, rugi jika pengalaman dan kemahiran yang mereka miliki ini terbuang begitu saja, paling tidak pun ambillah mereka jadi jurulatih PLKN ke, penceramah di sekolah-sekolah ke, atau apa saja yang bersesuaian
kekadang aku rasa mereka ini macam habis madu sepah dibuang je…dah habis kudrat mereka diperah-perah, lepas tu mereka ini dibiarkan macam tu je, hanyut macam sampah yang terbuang
aku nak cerita satu pengalaman aku menemuramah seorang bekas pegawai polis yang ada macam-macam anugerah termasuk bintang keberanian
kata dia, lepas pencen, jangan kata bantuan, tanya khabar pun tidak…itu memang betul, yang paling best tu, Bukit Aman sendiri pun takde rekod mana dia tinggal, adoooyyyyyyy
memang inilah lumrah kehidupan…nasib aku dan korang tak tau pulak macam mana lepas ni…
sumber-http://syahrilkadir.wordpress.com/

No comments:

Post a Comment

Vaccine covid-19 berjaya dihasilkan

  Rusia dakwa berjaya hasilkan vaksin Covid-19 Moscow: Rusia mendakwa menjadi negara pertama berjaya menghasilkan vaksin Covid-19 dan menama...