Thursday, October 7, 2010

Nino makhluk tuhan paling...

lu 07.1 Nino lelaki terpendek dunia

NINO memegang Buku Guinness World Records tahun 2011 ketika temu bual di Bogota, Colombia, semalam. – AP

BOGOTA 6 Sept. – Lelaki Colombia, Edward Nino Hernandez diisytiharkan secara rasmi sebagai lelaki paling pendek di dunia oleh Guinness World Records.
Nino, 24, memiliki ketinggian 70 sentimeter, tinggi sedikit daripada sebuah beg bimbit dan beratnya hanya 10 kilogram.
Dia diisytiharkan sebagai lelaki terpendek selepas pemegang rekod sebelum ini, He Pingping dari China yang memiliki ketinggian 74 sentimeter, meninggal dunia pada 13 Mac lalu.
“Dia tidak membesar sejak berumur dua tahun,” kata ibu Nino, Noemi Hernandez mengenai anak sulung daripada lima anaknya yang masih hidup.
Doktor tidak pernah menjelaskan mengenai Nino begitu kecil, katanya.
“Mereka tidak pernah memberikan diagnosis kepada kami,” kata wanita itu di pangsapurinya di Bosa, kawasan majoriti penduduk miskin di selatan Bogota.
Seperti kebanyakan lelaki Colombia yang lain, Nino suka menari dan menaruh impian untuk memiliki sebuah kereta selain ingin melancong ke seluruh dunia.
Dia juga bercita-cita untuk menemui tokoh seperti Jackie Chan, Sylvester Stallone dan bekas Presiden Colombia, Alvaro Uribe.
Bagaimanapun gelaran lelaki terpendek dijangka tidak kekal lama di tangan Nino.
Khagendra Thapa Magar dari Nepal dijangka merampas gelaran itu selepas dia mencapai usia 18 tahun pada 14 Oktober ini.
Dengan ketinggian hanya 56 sentimeter, Magar kini diiktiraf oleh Guinness sebagai remaja paling pendek di dunia. – AP
/// utusanmalaysia ////

2 comments:

  1. hai salam perkenalan, feel free to visit my blog & jgn lupa follow ye... hehe.. cheerss!!!

    ReplyDelete
  2. buku tu dah sama guiness world record tu sama besar dgn dia.

    ReplyDelete

Vaccine covid-19 berjaya dihasilkan

  Rusia dakwa berjaya hasilkan vaksin Covid-19 Moscow: Rusia mendakwa menjadi negara pertama berjaya menghasilkan vaksin Covid-19 dan menama...