Tuesday, August 11, 2020

Vaccine covid-19 berjaya dihasilkan

 

Rusia dakwa berjaya hasilkan vaksin Covid-19

Moscow: Rusia mendakwa menjadi negara pertama berjaya menghasilkan vaksin Covid-19 dan menamakannya sebagai Sputnik V, sempena nama satelit Soviet.

Ketua Dana Pelaburan Langsung Rusia, Kirill Dmitriev berkata, fasa 3 ujian klinikal dilakukan esok dan pengeluaran dijangka bermula September nanti.


"Sebanyak 20 negara sudah melakukan pratempahan untuk lebih satu bilion dos," katanya.

Sumber-HarianMetro


jpnn.com - Presiden Vladimir Putin mengumumkan bahwa Rusia menjadi negara pertama di dunia yang menyetujui vaksin COVID-19, hanya dua bulan setelah melakukan uji coba pada manusia. Pernyataan tersebut langsung digembar-gemborkan oleh Moskow sebagai bukti kehebatan mereka di bidang ilmiah.

Artikel ini telah tayang di JPNN.com dengan judul
"Putin: Rusia Negara Pertama yang Luncurkan Vaksin COVID-19",
https://m.jpnn.com/news/putin-rusia-negara-pertama-yang-luncurkan-vaksin-covid-19


Kes abg burger hot, akhirnya 3 pegawai MBSA ditangkap SPRM.

Kes yang yang tular baru-baru ini mengenai video yang dimuat naik oleh pemilik kedai burger hot, iaitu Asri jangut, akhirnya membuahkan hasil. 


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tiga pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang dipercayai terlibat mengutip dan menerima rasuah secara bulanan bagi melindungi premis perniagaan tanpa lesen di sekitar Sungai Buloh.


Operasi itu dijalankan pada jam 9 pagi tadi dan pegawai yang berusia 41 hingga 49 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya.

 Dua penguat kuasa dari Cawangan Sungai Buloh dan seorang daripada MBSA Shah Alam ditahan. SPRM turut menahan peniaga rokok seludup berketurunan Aceh seperti yang tular dalam video sebelum ini kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan dan akan diserahkan kepada pihak Imigresen bagi tindakan lanjut.

Dia dikatakan membayar wang rasuah sebanyak RM300 sebulan kepada penguat kuasa bagi mengelakkan sebarang tindakan.

Tangkapan ini susulan pendedahan yang tular menerusi dua klip video di media sosial yang mendakwa pihak berkuasa gagal dalam memantau dan menguatkuasakan undang-undang selain dikatakan menerima rasuah daripada premis perniagaan tanpa lesen yang menjalankan perniagaan haram termasuk penjualan rokok seludup dan aktiviti perjudian di sekitar Sungai Buloh.
 - Jelas sumber.

Itu baru seorang peniaga gais, menurutnya lagi, seorang pegawai boleh menerima kutipan RM300 hingga RM3,500 sebulan

 Ini termasuk premis yang menjalankan perniagaan kedai makan tanpa lesen, penjualan rokok, gerai yang menjalankan perniagaan di tempat yang tidak dibenarkan dan premis perjudian.

Ada juga yang berperanan sebagai pengkhianat dengan membocorkan maklumat berhubung operasi yang akan dilaksanakan. Ini menyebabkan setiap operasi yang dijalankan gagal dan diketahui awal oleh peniaga ini.
 - katanya lagi.

Timbalan Ketua SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya juga menggalakkan orang ramai memberi maklumat kepada SPRM dan menjamin identiti serta maklumat pemberi maklumat akan dilindungi sepenuhnya.

Saturday, August 8, 2020

SIAPA KENIT SEBENARNYA

 Watak kenit dalam 7 hari mencintaiku, sering menjadi perhatian, watak penganti kepada buntat, setiap kali muncul babak kenit, pasti akan membuat kan air  mata penonton mengalir. 

Bersyukurnya kita dengan kehidupan yang ada sekarang. Berbanding kenit yang serba kekurangan. 


Sesiapa saja yang sedang mengikuti drama 7 Hari Mencintaiku siri ke-2 pasti kagum dengan bakat lakonan pelakon cilik ini. Memegang watak sebagai Kenit, pelakon berusia 9 tahun ini bernama Puteri Rafasya atau lebih mesra dipanggil Cobi.

Friday, August 7, 2020

7 hari mencintaiku TAULADAN YANG PERLU DIJADIKAN PENGAJARAN DALAM KEHIDUPAN

 DRAMA YANG PENUH ISI-ISI TERSuRAT DAN TERSIRAT.

Assalamualaikum guys..

Hari ni aku agak sedikit teremosi tengok babak sofi menagis sebab anak. 


Wanita mana ea yang tak nak anak? Ye memang wujud wanita2 yang yang tak nak anak dalam dunia ni. Tpi aku nak cerita kat sini kisah wanita yang yang tersangat nak anak dalam kehidupan mereka. Lagi-lagi bila banyak campur tangan orang tua yang mempertikaikan zuriat keturunan.


Banyak mulut-mulut yang berbisik-bisik bermain-main di cuping telinga seolah-olah tak faham perasaan pasangan-pasangan yang belum  diberi rezeki zuriat.


Sebenarnya bagi pasangan yang belum dikurniakan anugerah terindah, bukanlah menjadi hal yang besar, tpi boleh jdi besar bila ada pertikaian org sekeliling.. lagi-lagi dikalangan ahli keluarga. 

Tak payah kisah lah org ada ank bahagia atau tak bahagia.. jangan ditanya benda2 gitu.. iye nya sensitif.. #sentap ..  nanti kalau diorg sentap korang mengata pula mcm kes mia tu,bila mia kurang hajar bertambah tambah pulak bara kat hati korang



..


 Sibuk dok rancang kehidupan orang nak aturkan kebahagiaan orang. Macam kes mak leha  Busuk sangat hati perut tu. Risau sangat anak tu tak bahagia, padahal dulu mak leha ni pun seorang wanita yang lambat dikurniakan anak, sepatutnya beliau lebih memahami situasi sofi, atau faham situasi mia seorang isteri yang manja dan mendapat layanan yang istimewa dari suami.  Sedangkan mak leha yang dah tua tahuctahu bila tengok tragedi pak samad dengan  mama mia. agknya dahtdah menjadi hukum manusia, tak semua WANITA memahami hati wanita. Sedangkan wanita yang senasib dan pernah mengalami  tentang hal2 mcm ni pun tak boleh nak faham hati wanita lain, lagi kan yang tak senasib.

KISAH-KISAH NI MEMANG KISAH BENAR


  DUA hari lepas, ada kawan yang senasib macam kisah ini berkongsi cerita kepada kami dalam group pcos fighter. Sedih kami mendengar nya. Bila ahli kluarga sendiri tak memahami dan tak sensitif isu anak. Sindir, perli, kata belakang.. lagi perit bila ibu bapa sendiri yang  mengata dan dicanagkan kepada tetamu. Sentap oiiii... Ada ank angkat 2 orang pun orang tetap akan mengata selagi tak lahir zuriat darah daging sendiri.. kenapa, anak angkat tu bukan kurnian tuhan ke? Bukan anak ke?



 Pinjaman semua ni. Apa beza darah daging atau tak. Mereka tetap manusia yang akan memberi atau tak memberi kita syafaat kat akhirat nnt,sama  ada baik atau buruk hasil nya kita yang bertangungjawab. Cara membesar kan sama je macam anak2 yang lahir dari perut sendiri. Apa beza? Yang beza tu kamu, kamu yang mebeza kan mereka.


Tahu tak bahagianya seseorang pasangan tu bila dia dikurniakan anugerah anak.. tak kisah lah ank angkat atau anak kandung.

Jangan lah kamu menjadi sebahagian pemusnah kebahagiaan orang. Sampai kan merosak kan hubungan pasangan2 yang tak dikurniakan zuriat.

Kalau dapat pasangan yang memahami macam helmi, ALHAMDULILLAH, kalau dapat pasangan macam khuzairi yang tak memahami hati isteri, ambil keputusan kahwin lain..sebab nak jaga hati orang sekeliling... ALLAHUAKBAR ..


TAHU tak.. suami ni diciptakan untuk wanita supaya dijaga dilindungi. Suami ni kekuatan disebelah isteri. Bukan ibu bapa atau keluarga yang lain.


Besar dugaan kesabaran yang tuhan beri.. tgk pulak cerita soffi dlm 7 hari mencintaiku . Lagi bertmbah sedih.. walau senasib, tpi x seberat itu dugaan nya .. semoga tuhan memberi kesabaran tingkat tinggi buat wanita2 dan pasangan yg senasib.. cerita 7hari mncintaiku tu bnyak pengajaran tersirat dan tersuratnya.. kenapa mia kurang hajar, kenapa mia macam tu.. kenapa soffi diamkan diri nk bawak diri, semua sebab sentap. Sentap sbb apa.. sbb mulut2 manusia.. bahagia ni hnya kita yg tahu. ada anak atau tak  ada ank bukan penentu bahagia dunia dan akhirat.. besar tangungjawab  yg dipikul.  Jangan sombong dpt melahirkan ank.. jangan sombong dgn harta dunia yg hanya pinjaman. Ingat dunia ini semua hanya persingahan.




Sekian

#rimbacyber #nurkilanHati




KALENDAR 2021 BERSERTA CUTI SEKOLAH LENGKAP







SUMBER: GTAPP

NAK TEMPAH KALENDAR MURAH BOLEH KLIK LINK DIBAWAH

https://www.facebook.com/StickerDanCuciGambarMurah

Wednesday, August 5, 2020

JURUTERBANG BUNUH DIRI

KUALA LUMPUR, 5 Ogos — Seorang juruterbang dipercayai membunuh diri dengan terjun dari sebuah kondominium di Bandar Kinrara, Serdang pada Isnin lepas akibat tekanan yang dialami selepas diberhentikan kerja dua bulan lepas, menurut polis.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan berkata lelaki berusia 35 tahun itu maut selepas dipercayai terjun dari unit kediamannya di tingkat 12 pada kira-kira 3 petang hari kejadian.
“Hasil pemeriksaan polis di sekitar kawasan berkenaan bagaimanapun tidak menemukan sebarang kesan mencurigakan atau apa jua unsur jenayah.
“Mangsa dipercayai dalam keadaan tidak dapat mengawal diri bertindak terjun dari rumahnya,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Menurut beliau, soal siasat ke atas saksi yang berada di tempat kejadian memaklumkan lelaki itu merupakan seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan tempatan dan telah diberhentikan kerja dua bulan lepas.
Ismadi berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan akibat jatuh dari bangunan.
Katanya polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan beliau menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang komen yang boleh mengganggu siasatan serta mengguris hati keluarga mangsa.

Sumber: Bernama

MISTERI KATE YUP

SIAPA KATE YUP??? MANA DIA??

kisah seorang you tuber mukbang yg penuh misteri akan keberadaanya.


adakah cerita kate yup ini hanya propaganda yang sengaja dibuat-dibuat bagi mendapatkan lebih banyak keuntungan.

kisah seperti kate yup ini pernah berlaku sebelum ini dari youtuber barat, lakonan semata-mata bagi mendaptakan lebih banyak view dan subcriber.

kisah ini menarik bagi peminat-peminat kisah-kisah  misteri, mencari apa sahaja maksud maksud tersirat yang berlaku disebalik rakam video yang dibuat. betul atau tidak hanya pemilik video sahaja yang tahu.

kisah kate yup ini masih lagi menjadi tanda soal bagi peminat peminat tegar youtuber kate yup.

MARI KITA LIHAT KISAH-KISAH YANG PERNAH BERLAKU SAMA SEPERTI KISAH KATE YUP.

  1. LONELYGIRL15 Jessica Lee Rose as Bree Avery (a.k.a. lonelygirl15), 

lonelygirl15 adalah siri web yang berlangsung dari 16 Jun 2006, hingga 1 Ogos 2008. Ia dilancarkan pada hari-hari awal YouTube, hanya 16 bulan selepas platform video masuk ke dalam talian. Mula-mula berpura-pura menjadi buku harian atau vlog YouTube yang asli, rancangan itu mendapat perhatian media yang luas ketika ia ditayangkan sebagai fiksyen pada bulan September 2006. [1] Ia dimulakan dengan kehidupan biasa seorang remaja perempuan, kemudian rancangan itu beralih ke kisah pelik yang menggambarkan hubungannya dengan amalan rahsia tersembunyi dalam keluarganya, dan termasuk kehilangan misteri ibu bapanya setelah dia enggan menghadiri upacara "rahsia" yang ditentukan oleh pemimpin kultus keluarga. kisah youtuber lonelygirl15 ini mmenjadi perhatian ramai pihak, sehingga ramai yang mencari keberadaan beliau. namun setelah disiasat, kisah lonelygirl15 ini HANYALAH LAKONAN yg diciptakan oleh Mesh Flinders, seorang penulis skrip dan pembuat filem dari Marin County, California, Miles Beckett,

2- marina joyce
seorang you tuber yang juga misteri sama seperti kisah kate yup . you tuber yang mulka dibuat PADA thun 2015, peminat2 marina melihat perubahan pada marina apabila semua you tube marina seakan2 ada sesuatu yang misteri, marina menjadi semakin kurus. banyak spekulasi yang dibuat oleh peminat2 marina.
Pada bulan Julai 2016, teori konspirasi dan desas-desus mengenai Marina Joyce tersebar di YouTube bahawa dia tiba-tiba dan perlahan-lahan berubah dan sepertinya terpaksa membuat video YouTube. Ramai yang percaya bahawa dalam videonya "DATE ​​OUTFIT IDEAS", dia tampak sangat dipaksa, takut, dan kelihatannya telah dicederakan. Namun dinafikan oleh marina apabila spekulasi ini menjadi tergempar. sehingakan marina joyce diberitakan telah hilang selama 10 hari.

London (CNN) Polis London mengesahkan Sabtu bahawa Marina Joyce, YouTuber berusia 22 tahun yang hilang selama 10 hari, telah dijumpai dan "selamat dan sihat." Joyce, yang tinggal di utara London, kali terakhir dilihat pada 31 Julai dan dilaporkan hilang pada 7 Ogos. Pada hari Jumaat petang, polis meminta bantuan untuk mencari Joyce.


Vaccine covid-19 berjaya dihasilkan

  Rusia dakwa berjaya hasilkan vaksin Covid-19 Moscow: Rusia mendakwa menjadi negara pertama berjaya menghasilkan vaksin Covid-19 dan menama...