Sejarah
Platform Symbian wujud dengan menggabung dan menyepadukan aset-aset perisian daripada Nokia, NTT DoCoMo, Sony Ericsson dan Symbian Ltd. Ini termasuk sistem operasi Symbian sebagai teras, platform S60, dan sebahagian daripada antaramuka UIQ dan MOAP. Platform ini giat dibangunkan oleh satu komuniti yang dipimpin oleh Yayasan Symbian selepas pelancaran rasmi yayasan itu pada bulan April 2009.