Tuesday, July 27, 2010

Asal usul selipar Jepun.


 Kenapa selipar di Malaysia
dipanggil selipar jepun?
Jika kasut tak ada, selipar pun
jadi le.. Sekarang penggunaan
selipar untuk pergi ke pusat
membeli belah (shopping
complex) sama ada di Isetan ke,
Lot 10 ke, atau pun Plaza Sg
Wang ke.., kebanyakan orang
kita sekarang lebih gemar
memakai selipar daripada
menggunakan kasut.
Ye le kan, kasut ada yang bertali,
berat semacam pun ye.. tentu
ada yang malas nak gunakan
kasut dengan alasan malas nak
ikat tali kasut. Ataupun kasut
berat. Yang paling bagus alasan,
kasut mahal sangat.
Bukan tujuan saya untuk
menggalakkan anda
menggunakan selipar untuk ke
mana-mana, tetapi artikel yang
saya ingin kongsi di sini ialah
penggunaan perkataan ‘selipar
jepun’ yang begitu sinonim
dengan masyarakat Malaysia
sejak dari dulu lagi.
Persoalannya adakah selipar
yang ada di pasaran sekarang
benar-benar memang dicipta di
Jepun?
Asal-usul penggunaan perkataan
‘ selipar jepun’ sehingga kini
tidak dapat dipastikan. Selipar
yang ada pada hari ini
sebenarnnya sudah lama
bertapak di Malaysia pun
sebelum kedatangan Jepun lagi.
Maksudnya selipar berbentuk
biasa ni dah lama ada, bukannya
ketika kedatangan Jepun ke
Tanah Melayu.
Ada kemungkinan kenapa
selipar yang ada sekarang di
panggil selipar Jepun.
a.) Ketika kedatangan Jepun ke
Tanah Melayu, mereka menyeksa
tahanan dengan menampar
muka menggunakan selipar.
Selipar ini juga digunakan untuk
menyeksa tahanan di penjara,
Caranya ialah dengan
memasukkan selipar ke mulut
mangsa, dipaksanya tahanan
tersebut menggigit selipar
hingga patah gigi.


b.) Tentera Jepun memaksa
tahanan memasak selipar,
kemudian di suruh makan
selipar. Perencah masakan
selipar itu adalah air sabun cap
XXX
c.) Pada masa Jepun
memerintah, kasut memang
susah nak jumpa. Kerana ketika
itu harga kasut memang
melambung, dengan wang daun
pisang Jepun yang dah tak laku,
maka penduduk Malaya terpaksa
pergi ke mana-mana
menggunakan selipar. Hanya
tentera Jepun atau balaci Jepun
sahaja yang berkasut.

No comments:

Post a Comment

Vaccine covid-19 berjaya dihasilkan

  Rusia dakwa berjaya hasilkan vaksin Covid-19 Moscow: Rusia mendakwa menjadi negara pertama berjaya menghasilkan vaksin Covid-19 dan menama...