Tuesday, September 28, 2010

Kobis dan sesuatu..(khas untuk Wanita)

Jangan makan kobis bulat

Kubis bulat memang digemari ramai di Malaysia ini.
Jikalau hendak melihat buktinya, tunggu sahaja di pintu keluar
pasar, perhatikan bakul membeli belah dan
perhatikanlah sayur kubis yang dibeli. Kubis murah harganya dan tahan
lama. Satu lagi cara untuk melihat betapa orang Malaysia amat gemar
dengan sayur kubis ini ialah dengan melihat sayur yang dihidangkan
direstoran atau gerai makan, pastinya kubis menjadi salah satu
hidangan disitu. Kubis juga menjadi komponen utama dalam "coleslaw"
 di KFC  dan juga kandungan utama burger dan kebab. Siapa yang suka
makan lontong, kalau tidak ada kubis dalam sayurnya, maka itu bukan
lontonglah. Pendek kata kubis digunakan dipelbagai masakan.
Satu ketika sewaktu makan di sebuah restoran yang kerap saya
kunjungi, saya memerhatikan seorang perempuan pelayan restoran tersebut
sedang enak makan tengahari dengan berulamkan kubis rebus
bercecahkan sambal belacan. Sungguh berselera perempuan ini
menghabiskan makanannya. Perempuan ini sudah berkahwin. Saya
memandangnya dengan penuh sayu dan sedih kerana memikirkan akibat dari
memakan `sayur kubis tersebut.
Kemudian saya terpandang seorang
pelayan lelaki berasal dari Indonesia yang saya kenal.
Saya bertanya kepada pelayan lelaki ini "Mat engkau makan kubis
tak?". Mat menjawab "Saya tak makan".
Saya bertanya lagi "Kenapa tak makan kubis, bukankah kawan engkau tu
sedang enak makan sayur kubis "Bapa saya tak bagi makan kubis" jawab Mat
ringkas. "Kenapa bapa engkau tak bagi makan kubis?" saya menyambung soalan.

"Entah, saya pun tak tahu tapi saya ikut saja cakap bapa saya" Mat
menyambung perbualan. Dari perbualan ringkas saya dengan Mat iaitu seorang pelayan di
restoran yang berasal dari Indonesia , dapat saya rumuskan bahawa masih ada segelintir
manusia diMalaysia ini yang masih mengamalkan petua orang tua
agar tidak makan kubis. Namun apa yang saya sedih ialah Mat ini
tidak tahu apa kesan kalau makan kubis ini.
Dari penyelidikan ke atas para pelajar saya, memang sah tidak
sampai 2% dari mereka ini yang tidak makan kubis. Majoriti memang suka makan kubis
dan setengahnya sangat suka kubis dan ada pula yang setiap hari hanya makan sayur kubis,
 subhanallah.


Apakah sebenarnya kesan apabila manusia memakan kubis?Jawapannya
adalah SEKIRANYA SESEORANG MAKAN KUBIS, IA
AKAN MENYEBABKAN KEPUTIHAN KELUAR DARI KEMALUANNYA.
 Apabila disebut sahaja keputihan ramai orang perempuan
memang tahu apa bendanya kerana kini ia menjadi masalah yang lumrah
pada kebanyakan perempuan samaada anak dara atau yang sudah berkahwin.
 Fakta ini diakui oleh seorang doktor wanita pakar sakit puan yang  dipanggil
untuk membincangkan masalah sakit puan di
TV3 satu masa dahulu. Doktor perempuan pakar sakit
puan ini berkata "Penyakit keputihan adalah penyakit normal yang
dihidapi oleh orang perempuan. Ia hanya
akan mendatangkan masalah apabila kuantiti keputihan yang
dikeluarkan ini terlalu banyak hingga menyebabkan
secondary infection". Dari kenyataan doktor perempuan ini, apa yang
dapat disimpulkan di sini ialah bahawa
doktor perempuan ini juga mengalami masalah keputihan.
Keputihan yang keluar dari kemaluan perempuan ini sememangnya
mendatangkan pelbagai masalah. Keputihan ini menyebabkan bau
yang amat tidak menyenangkan kepada wanita itu
sendiri mahupun kepada sang suami.
Sekiranya kuantiti keputihan yang dikeluarkan adalah banyak, ia
bakal mengundang jangkitan penyakit lain seperti gatal yang amat sangat.
Ini adalah disebabkan keputihan ini  sebenarnya adalah protin yang
dikeluarkan dari dinding kemaluan perempuan akibat dari memakan
kubis ini. Protin keputihan ini adalah
satu medium yang amat digemari oleh mikro organisma seperti kulat
dan bakteria. Kedudukan keputihan yang
dikeluarkan melalui kemaluan ini begitu tersorok dan sangat lembap
dan faktor-faktor ini semua mengundang
kulat dan bakteria untuk tumbuh di atasnya yangseterusnya
menyebabkan kegatalan yang serius.
Kebanyakan para doktor termasuk doktor perempuan pakar sakit puan
yang di panggil TV3 di atas tidak
mengetahui tentang punca penyakit keputihan pada orang perempuan.
Bila orang perempuan berjumpa doktor untuk
rawatan masalah keputihan, doktor akan memberikan berbagai ubat
termasuk krim untuk disapukan di kemaluan,
 namun semua ini tidak membantu kerana kemaluan terus
mengeluarkan keputihan. Perempuan yang
sudah mengalami kegatalan disebabkan keputihan ini seterusnya akan
menghadapi masalah kegatalan yang amat
serius apabila mereka makan udang, ketam, sotong atau kerang.
Masalah kegatalan ini menyebabkan masalah yang
lebih rumit lagi iaitu seorang isteri tidak mampu atau minat untuk
melayan suami dan ini pastinya mengundang rantaian masalah lain.

Masalah keputihan yang serius juga sebenarnya mengundang satu lagi
masalah yang lebih rumit iaitu

MIGRAIN di bahagian tertentu kepala. Masalah keputihan peringkat
serius ini sebenarnya mengakibatkan kemaluan
jadi amat tidak selesa dan seakan-akan berdenyut. Gigi kalau sakit,
kepala juga sakit. Kalau badan demam, kepala pun sakit.
Dengan kaedah yang sama ini, bila kemaluan wanita
meragam ia mengakibatkan migrain.

Perempuan yang migrain ini kalau sudah berkahwin, bayangkanlah
bagaimana mereka hendak melayan suami
serta menguruskan rumah tangga dan anak-anak.
Satu perkara yang para isteri perlu mengetahuinya ialah keputihan ini
menghilangkan nafsu suami ketika ingin bersama kerana baunya yang tidak
selesa serta kesan lain yang agak memalukan untuk diceritakan di
sini. Cukuplah dengan perkataan bahawa suami akan loya selepas
bersama isteri apabila melihat kemaluannya.
Begitu sekali parahnya akibat memakan kubis. Cara mencegah keputihan
amat mudah, iaitu JANGAN MAKAN

KUBIS ATAU KUAH YANG MENGANDUNGI KUBIS.
Adakah keputihan menyebabkan keputihan kepada kaum wanita sahaja?
Jawapannya ialah keputihan juga
menyerang kaum lelaki. Kanak-kanak lelaki yang suka makan kubis
apabila bersunat akan mengalami masalah

BUTA pada kemaluannya. Buta kemaluan ialah satu kes di mana selaput
kulit yang bakal di potong sewaktu
bersunat melekat kepada bahagian kepala kemaluan lelaki dan bahan
yang menjadi pelekat ini ialah keputihan.
Jikalau pada wanita, keputihan dikeluarkan pada dinding vagina,
keputihan pada lelaki dikeluarkan di
sekitar pangkal kepala kemaluan. Inilah antara hikmah Allah
menggalakkan lelaki bersunat agar lebih mudah
bagi mereka untuk membersihkan kemaluan dari keputihan. Kini orang
bukan Islam juga gemar bersunat dengan alasan yang sama.
Keputihan pada lelaki mengakibatkan bau
amat busuk setiap kali membuka
seluar dalam. Seluar dalam juga kotor di bahagian kemaluan akibat
keputihan ini akan menjadi daki yang berwarna hitam.
Selain dari masalah yang telah dinyatakan di atas,keputihan juga
menyebabkan kulit menjadi kering dan
mengakibatkan sukar menambah berat. Ini dapat dijelaskan dengan
mudah kerana sebagaimana telah dijelaskan di atas,
keputihan adalah protein. Begitu juga putih telur adalah kaya protein dan warnanya juga
adalah putih. Protein yang disingkirkan melalui kemaluan ini sebenarnya amat diperlukan oleh tubuh
tetapi akibat memakan kubis, protein ini dikeluarkan sebagai
keputihan. Jadi walaupun seseorang banyak makan sumber berprotein,
 akibat mengambil kubis, protein mustahak

ini dikeluarkan dari tubuh sebagai

keputihan dan alangkah membazirnya proses ini.
 

No comments:

Post a Comment

Vaccine covid-19 berjaya dihasilkan

  Rusia dakwa berjaya hasilkan vaksin Covid-19 Moscow: Rusia mendakwa menjadi negara pertama berjaya menghasilkan vaksin Covid-19 dan menama...